Tuesday, January 3, 2012

Tahun Baru Keazaman Baru

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya kami petugas-petugas Perpustakaan Desa & Jalurlebar Kg. Balai Besar memanjatkan doa kepada Maha Pencipta kerana kami semua mampu lagi berdiri dan menjalankan tugas di perpustakaan ini serta masih berpeluang untuk mengedit,mengarang perjalanan kehidupan kami berkerja di sini.

Sepanjang karier kami sebagai petugas di perpustakaan desa (PD) selama ini banyak pahit getir yang telah kami lalui bersama semua penduduk disini tidak kira dari pelbagai golongan kanak-kanak, ibubapa, warga emas serta penduduk setempat. Banyak kenangan manis yang tersimpan dan tersirat didalam memori tidak dapat diluah dengan ungkapan kata-kata, kerana ia terlalu membahagiakan kami di sepanjang tahun 2011 dan sebelumnya.  Di tahun baru 2012 ini juga, matlamat kami tetap sama denagn sebelum ini tidak ada sebarang perubahan yang drastik. Penubuhanya Perpustakaan Desa Kg. Balai Besar ini adalah untuk memudahkan semua penduduk setempat untuk membuat pinjaman buku bagi yang menginap jauh dari kawasan bandar. Di perpustakaan ini juga terdapat kemudahan yang lain seperti:

1.Keahlian  Percuma
2.Pinjaman Buku
3.Akhbar, Majalah & Cakera Pdat(CD)
4.Bahan Rujukan

Selain daripada penubuhan Perpustakaan Desa (PD), pada tahun 2008 pula dibawah kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Telekom Malaysia dan Medan Sedunia Digital telah memberikan lagi kemudahan kepada penduduk setempat dengan adanya Perpustakaan Jalurlebar (PJL). Perpustakaan Jalurlebar berfungsi sebagai tunjang kepada penduduk bagi memudahkan para penduduk setempat  yang tidak mempunyai komputer sendiri dirumah. Perpustakaan Jalurlebar memainkan peranan untuk meningkatkan kadar celik It kepada penduduk setempat bangi merapatkan jurang digital yang terdapat antara masyarakat luar bandar dan bandar. Perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Jalurlebar adalah:

1.Keahlian terbuka kepada semua masyarakat.
2.Borang keahlian boleh didapati di Perputakaan Jalurlebar(PJL)
3.Yuran RM5.00 dikenakan untuk seumur hidup
4.Untuk kanak yang berumur 12 tahun kebawah hendaklah mendapatkan persetujuan daripada ibubapa
5.Kelas komputer (Basic) 
6.Penggunaan internet percuma 
7.Bengkel aktiviti setiap bulan
8.Khidmat mencetak,megimbas dan fotostat berbayar
9. penggunaan WIFI percuma untuk yang memiliki komputer sendiri

Keistimewaan lebih kepada yang telah mendaftar menjadi ahli Perpustakaan Desa & Perpustakaan Jalurlebar.

Kami berharap dengan adanya Perpustakaan Desa & Jalurlebar ini dapat membantu penduduk untuk mendapatkan bahan rujukan samaada melalui pinjaman buku @ penggunaan internet. Kami amat mengalu-alukan ke datangan daripada penduduk setempat. Sokongan daripada kalian amat kami harapkan,dorongilah anak-anak anda datang ke perpustakaan kami ini. Moga matlamat dan azam baru kami tahun ini dapat dikecapi dengan sokongan moral daripada penduduk. 

Sekian ini sahaja titipan kami pada kali pertama di tahun baru ini, moga perjalanan kami terus mengorak kehadapan tanpa menoleh ke belakang dan terus maju untuk anak bangsa.

Nurkilan
Sue

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...